Thursday, October 7, 2010

pEnilaian Web berdasarkan standard pemikiran~~~

standard pemikiran ialah apa yang dicadangkan oleh Richard Paul dan Linda Elder (1996) , namun, ia ditambah dengan 1 lagi kriteria iaitu hikmah kerana memandangkan web-web yang dikaji berkaitan dengan keislaman.Berikut merupakan 10 kriteria yang diambil kira dalam kajian ini :

1. Kejelasan ( Clarity)
Dalam criteria kejelasan ini merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut dapat difahami dengan huraian atau penerangan yang jelas dan contoh-contoh yang dapat menerangkan penaakulan tersebut.

2 Ketepatan (accuracy)
Kriteria ketepatan pula ialah merujuk sejauh mana penaakulan tersebut bebas daripada ralat. Soalan-soalannya termasuklah ‘ bolehkah kita mengesahkan kebenaranya? Bagaimana kita boleh pastikan bahawa ia benar?

3. Keterperincian
Kriteria keterperincian merujuk kepada sejauh mana penaakulan dijelaskan secara terperinci. Kriteria ini ialah hasil dari kesedaran bahawa kita memerlukan maklumat yang terperinci dan khusus untuk memudahkan kita memahami sesuatu.

4. Logik
Kriteria ini pula merujuk kepada sejauh mana penaakulan kita munasabah dan boleh diterima

5. Relevan
Kriteria ini berkaitan dengan isu sejauh mana maklumat itu relevan dengan isu yang dikaji.

6. Mendalam
Kriteria ini berkaitan dengan maklumat di mana kriteria mendalam merujuk kepada sejauh mana kita telah mengambil kira semua perkara yang berkaitan dengan isu yang ditaakul.

7. Luas
Kriteria ini berkaitan dengan maklumat di mana kriteria mendalam merujuk kepada sejauh mana kita telah mengambil kira semua perkara yang berkaitan dengan isu yang ditaakul.

8. Signifikan
Kriteria ini pula berkaitan sama ada penaakulan kita cukup luas merujuk kepada sejauh mana kita telah memikirkan isu tersebut dari pelbagai sudut pandangan atau dilihat dari beberapa cara yang berbeza.

9. Adil
Kriteria ini merujuk kepada sejauh mana kita bebas daripada kepentingan peribadi atau bias kepada sudut pandangan yang tertentu.

10. Hikmah
Kriteria ini merujuk kepada bahan yang berkaitan dengan ciri-ciri keislaman berasaskan Al-Quran dan As-Sunah.